Ahad, 7 Julai 2013

Pasang Surut Pasaran Emas Pilih Hanya Di Public Gold

1) Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sekarang ini kita menyaksikan kejutan kejatuhan harga emas yang sangat besar dalam sejarah. Ini boleh juga dianggap tsunami kepada pelabur, pedagang ,peniaga sehingga peruncit- peruncit emas. Semua pihak tertanya -tanya apakah punca kejatuhan komoditi beharga ini sehingga begitu teruk sekali dalam tempoh 50 tahun. Terakhir kejatuhan teruk pernah berlaku pada tahun 2008 ketika krisis subprime meruncing sekitar dua puluh percent lebih harga emas jatuh. Setahun kemudian harga emas terus mencanak naik hingga kemuncaknya pada bulan Ogos 2011 mencecah rekod kenaikan tertinggi dalam sejarah $1930 oz. Kemudian pada tahun 2012 harga emas turun sedikit tetapi masih tinggi dan tidak naik mencatat rekod baru.

2) Pada masa yang sama tahun 2012 menyaksikan krisis hutang di zon eropah seperti Greek, Spain dan Cyprus dan juga digembar gemburkan tentang fiscal cliff yang mana polisi hutang kewangan AS zaman Bush tamat dan satu undang2 baru akan digubal oleh pentadbiran Obama. Dalam masa yang sama Amerika juga bergelut dengan masalah hutang dan billed out bank-bank dengan melancarkan beberapa pusingan pembelian bon kerajaan juga dikenali sebagai Quantitative Easing 1, 2 dan ketika dengan pembelian bond sebanyak $85 billion sebulan oleh Federal Reserve yang sekarang konunnya akan diperlahankan mulai bulan September depan atas sebab pemulihan ekonomi semakin baik di AS.

3) Apapun alasan dan sebab musababnya tidaklah diketahui hakikat sebenarnya. Walaupun berita analisa analisa teknikal dipaparkan tentang kemungkinan harga emas naik atau turun, semuanya boleh dibangkul sampahkan disebabkan analisa2 tersebut ada yang sengaja disiarkan oleh agen-agen dan reporter reporter upahan Kapitalis untuk menarik pelabur2 kecil supaya merangsang pembelian. Sedangkan apabila ramai pelabur2 kecil masuk pasaran, mereka menjual dengan volume yang besar atau profit taking menyebabkan harga jatuh. Ini akan menyebabkan kerugian kepada trader2 dan investor kecil. Saya memang tidak terikut dan percaya dengan berita2 pasaran yang dipaparkan tetapi mengambil sikap bertentangan. Maknanya kalau banyak keluar berita2 rangsangan menyuruh beli emas dan perak, maka saya jangka harganya pasti nak jatuh nanti. Tetapi sekiranya diberitakan komoditi tersebut tidak selamat untuk simpanan dan harganya diberitakan akan jatuh, maka saya percaya dia akan berlaku sebaliknya. Kerana ini ialah game Kapitalis, bank2 persatuan pedagang2 emas. Mereka yang menentukan halatuju harga komoditi tersebut. Segala data2 pergerakan dan pemilikan semuanya didalam genggaman mereka. Tak pelik kan?

4) Kesan kejatuhan emas kepada pelabur yang membeli emas tanpa pegangan fizikal seperti membeli emas berbentuk akaun simpanan di bank2 seperti Maybank, Public Bank, Uob Bank dan Kfh, buat masa ini bank tersebut mengaut untung daripada pelabur disebabkan pelabur yang beli dalam tempoh 3 tahun Lepas kalau jual pasti rugi. Ini kerana semasa mereka beli harganya mahal, tetapi kalau jual sekarang harga ditambah pula tolak spread 4% harga sangat rendah. Maka banklah yang untung, tetapi sekiranya pelabur masih tak jual, bank masih untung dengan mereka masih dapat menggunakan modal kita lagi yang terbeku di dalam buku akaun mereka.

5) Pekedai, peruncit dan peniaga barangan kemas pula menghadapi masalah kerugian disebabkan harga emas sekarang rendah diparas harga tahun 2010. Jadi jika stok emas mereka yang dibeli pada selepas tahun 2010 sudah tentu peniaga kedai emas rugi, sedangkan sekarang pembeli dan pengguna emas tidak akan melepaskan peluang menyerbu kedai- kedai emas untuk membeli emas murah sekarang. Jadi untuk mengelakan kerugian maka, persatuan tukang2 emas telah menaikkan harga workmanship 100% cas tambahan untuk recover harga emas yang murah sekarang. Jadi pengguna tetap tidak dapat harga emas yang hakikatnya jatuh dan murah sekarang.

6) Bagi pelabur-pelabur emas fizikal seperti syiling dinar, gold bar dan sebagainya pula menghadapi dilemma harga beli pada harga mahal dahulu, sekarang harga murah, kalau sesak duit terpaksa jual ditambah pula tolak dengan spread juga menanggung kerugian. Tetapi masih ada alternatif untuk recover kerugian bergantung kepada kemahiran pelabur tersebut dan syarikat yang dibeli dahulu. Tetapi masih berisiko. Sesetengah penjual emas pelaburan tidak mahu menjual emas mereka pada masa sekarang disebabkan konunnya kehabisan stok yang pada hakikatnya mereka tak mahu jual kerana harga murah sedangkan stok mereka beli dahulu mahal.

7) Bagi saya kedudukan harga emas sekarang ini iaitu jatuh teruk kepada $1235oz sesuatu yang dirancang oleh kapitalis untuk menggertak pemilik emas fizikal supaya mereka menjualnya dengan memaparkan persepsi bahawa emas juga tidak selamat, maka orang akan beralih kepada pelaburan saham atau bon yang sebenarnya menjadi darah daging sistem kapitalis. Mungkin juga mereka merasa terancam sekiranya rakyat semua memilih emas fizikal yang boleh disimpan sendiri akan menjejaskan sistem perbankan mereka yang mana mereka sangat berkuasa untuk memiliki apa sahaja eset didunia ini hanya dengan nota bank mereka, atau membuat silap mata hasil atas penipuan mereka mencipta wang kertas.

8) Jadi, bagi saya situasi kejatuhan harga emas yang teruk sekarang ini adalah satu kelebihan bagi pembeli emas untuk memiliki emas yang murah. Juga kepada pelabur emas fizikal, walaupun stok yang terdahulu beli mahal, tetapi bagi saya ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dan sangat menarik untuk saya. Jadi apa harus dilakukan bukanya takut sebab harga jatuh, tetapi membuka peluang yang besar untuk saya buat keuntungan.

9) Biarkan harga turun lagi, sampai paras terendah setakat mana dia akan turun. Taktik permainan juga berubah, mereka kapitalis besar mungkin juga sedang menanti untuk membuat kejutan dengan mananti peluang mendapat emas murah untuk diborong habis- habisan apabila pelabur2 kecil tidak yakin dengan emas lagi. Kita tunggu dan lihat.

10) Perlu diingat, semua pelaburan mesti ada permainan dan risiko tertentu seperti pepatah inggeris they gain from our lost, we gain from their lost.

11) Semua komoditi dunia didagangkan tidak lepas dari pengaruh speculator. Emas, perak, makanan, minyak dan sebagainya adalah tidak terlepas daripada permainan2 kapitalis elit yang hanya membuat keuntungan atas angin secara berlebihan. Akibatnya penduduk dunia rakyat sengsara dengan permainan manipulasi mereka.

12) Menyingkap kembali bagaimana harga besi dan bahan binaan yang naik mendadak pada beberapa tahun lepas diikuti dengan harga minyak yang mencecah $147 setong, krisis kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan seperti beras, harga perak naik memuncak sehingga $48 oz (168%) tahun 2011, emas $1930oz kemudian mulai muncul krisis hutang euro zone dengan beberapa negara bankrap seperti Greece, Cyprus juga downgrade triple A kepada 2 A oleh Standard and Poor dan kemuncak fiscal cliff Amerika.

13) Apa yang kita saksikan sekarang adalah percaturan baru kapitalis untuk mengekalkan kuasa keatas penduduk dunia. Dan terus memperbodohkan kita dengan menyebar berita2 palsu, menyebarkan dakyah2 penyebaran penyakit berbahaya semata2 untuk tujuan mengaut keuntungan untuk membekal vaksin dan ubat ubatan untuk manusia.

HARGA EMAS SEKARANG MURAH, MEMANG MURAH. PASTIKAN ANDA MEMBELI EMAS DITEMPAT YANG BETUL, SPREAD KECIL DAN STOK SENTIASA ADA.

oleh buat pilihan bijak di PUBLIC gold

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
Email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor

http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Ahad, 23 Jun 2013

peluang terbaik untuk anda membeli emas di public gold

Tahukah anda, peluang terbaik untuk anda membeli emas adalah sekarang!
Harga emas di pasaran dunia telah jatuh 23% sejak bulan Januari 2013. Ini membolehkan anda membeli emas pada harga yang jauh lebih rendah.

Inilah masa terbaik untuk anda untuk membeli emas sebagai simpanan ataupun anda boleh membeli barangan kemas untuk perhiasan diri.

Namun, tahukah anda, kebanyakan kedai emas terkemuka menjual emas 999.9 pada harga RM165 segram dan RM155 segram untuk barang kemas 916?

Public Gold menjual emas 999.9 hanya pada harga ±RM140 segram dan ±RM133 segram untuk emas 916.

Anda jimat sehingga >RM20 segram!

Mengapa bayar lebih di kedai emas sedangkan anda boleh mendapat emas pada harga yang lebih murah di Public Gold?
Cepat rebutlah peluang ini sekarang kerana peluang membeli emas pada harga emas rendah ini tidak akan bertahan lama.

 Kami juga menawarkan anda kemudahan pembelian emas secara ansuran mudah selama 4 bulan atau dipanggil Easy Payment Purchase.
Jadi, rebutlah peluang membeli emas sekarang!
Hubungi kami di talian

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
Email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor

http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Khamis, 20 Jun 2013

HARGA EMAS TENGAH TERGOLEK DI PUBLIC GOLD "RILEX BRADER"

assalamulaikum sahabat semua, alhamdulilah kita berjumpa lagi.
memandangkan harga tengah merundum ini PASTI,



  • ada setengah orang tengah mengelabah
  • ada setengah rilex brader
  • ada setengah ini masa paling sesuai untuk membuat simpanan/pelaburan
  • ada setengah masa menunggu masa sesuai
tak mengapa itu semua terletak di tangan anda, yang penting buat pilihan yang tepat. sambil-sambil melihat harga emas yang tengah HOT kita layan sekejap video ini..



keadaan rilex itu jangan sampai lupa bahawasanya Emas adalah pengekal nilai yang terbaik, pelaburan emas merupakan pelaburan paling kecik risiko dan yang penting ianya sampai bernilai sampai bila-bila.

jika ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya:
shah noor ismail
priority dealer public gold
0137783400
wechat-emasnusajaya

Ahad, 16 Jun 2013

PERSAMAAN NILAI 1 KG EMAS & RUMAH KEDIAMAN

Assalamulaikum dan selamat petang.


Alhamdulilah kita berjumpa lagi, kali ini  kita akan kongsikan bagaimana dengan menyimpan emas 1kg pada masa ini mampu membeli rumah idaman pada masa akan datang. Sebagai contoh harga emas pada tahun 2020 akan meningkat sebanyak 1gm  = RM503.00.kenaikan sebanyak 500%.

Mungkin setengah orang akan mengatakan bahawasanya ini adalah cerita dongeng, tetapi jika sentiasa mengikuti pasaran semasa dan banyak membaca pasti kita akan ini "betul...betul... bukan cobaan"...salah satu skrip di dalam filem pendekar bujang lapok hihihihih (filem kegemaran saya).
Masih ramai lagi yang masih kurang celik emas, asyik mengatakan harga emas mahal tetapi mengapa masih ramai yang membelinya setiap hari bahkan setiap minit dan saat???? satu persoalan yang setiasa berlegar di fikiran.


 
Cubalah kita bayangkan jika kita membeli emas pada tahun 2005 iaitu 1KG = RM52K, pasti ada yang akan mengatakan mahalnya? Pada masa yang sama kita simpan RM50K di dalam akuan simpanan. Jika kita membuat perbandingan antara emas dan wang simpanan, yang mana satu boleh beli rumah bernilai RM160K pada tahun 2013?  Sudah tentu jawapannya EMAS , pada masa ini harga emas 1KG = RM160K. Ini lah pelaburan yang selamat dan nilainya semakin meningkat walaupun tidak berkurangkan segram pun. Jika ketika ini membuat pelaburan emas fizikal 1KG = RM160K dan simpan untuk jangka masa 7 tahun iaitu tahun 2020 dan mahu membeli sebuah rumah pastinya akan memilikinya.. sebab jangkaan emas ketika itu 1KG = RM500K!!!!
 
 
 
Oleh itu pastikan kita mebuat pelaburan bijak yang kurang risiko untuk masa depan yang lebih cerah.
 
Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
Email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor

http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971
 

Sabtu, 15 Jun 2013

Emas Pengekal Nilai Yang Terhebat

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?
Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.
Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.
Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.
Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku. Sila baca keretan akhbar di bawah pasti anda akan terasa teruja....untuk memyimpan pada masa ini...


Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Kenaikan Harga Emas Selama 11 Tahun? Adakah Benar?

Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh. Wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.



Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama perempuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum menjual.
GRAF 5 TAHUN

GRAF 10 TAHUN
Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
Email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor

http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Selasa, 11 Jun 2013

Pinjaman Ar-Rahnu Membantu Menambah Emas Anda

Pernahkah anda terfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emas juga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini saya percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.

Cuba kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? Kita akan mengaitkan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Sama bukan?

Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Saya akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difahami. Saya akan bahagikan kepada beberapa proses.

Pertama = Proses Membeli.

Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayarbayaran pendahuluan (lebih dikenali sebagai duit muka). Proses pertama adalah antara anda dan pemaju atau pemilik tanah.

Kedua = Pinjaman Dari Bank

Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi anda pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.

Ketiga = Bayaran Semula

Anda kini berhutang dengan pihak bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan Islam) yang mesti dibayar setiap bulan.

Keempat = Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual

Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin membayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan).
Sebenarnya konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.
Malah terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Saya akan nyatakan kelebihannya di bawah ini;

1. Pembelian emas boleh dimulakan secara kecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.
2. Sistem Bayaran Semula Ar Rahnnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.
3. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini saya rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung).
4. Tiada “locking period”, di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh “locking period”, anda tetap akan dikenakan penalti).
5. Tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diisytiharkan muflis.
Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi. Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi lagi sepanjang tempoh 2 tahun akan datang. Untuk anda membeli aset lain, modal yang anda perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
Email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor

http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Isnin, 10 Jun 2013

ADA NASIHAT, IDEA KREATIF, MOTIVASI, BERKONGSI PENGETAHUAN DAN MACAM-MACAM ADA...

Asslamualaikum kawan-kawan semua
Pasti ada di antara anda bertanya-tanya mengapa saya memuat turut cerita animasi Upin dan Ipin dan Kawan-Kawan?
ini adalah kerana sepanjang saya menonton animasi upin dan ipin dari awal hingga episod yang terbaru ini banyak memceritakan tentang kehidupan kita dari kecil hingga dewasa, zaman kanak-kanak yang majoriti di lalui pada tahun 70 an dan 80 an.. Tetapi kali ini amat berbeza kerana ia memberikan sesuatu yang berlainan iaitu bagaimana kita ingin menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan. Selamat  menonton




macam mana kawan-kawan best tak? ada maklumat yang tersurat dan tersirat? pasti ada cuma terpulang kepada anda untuk menilainya. Di sini saya melihat ada 3 perkara yang membuat kita terfikir:
pertama :- upin dan ipin
kedua :- mail dgn cepernya
ketiga :-jari jemari salleh

Pertama, upin dan ipin. idea ada cuma tak tahu nak buat minta tolong tok dalang.
Kedua :- mail dgn cepernya - mendapat idea dari kawan2 yang bermain ceper di kelas, dan mengubahkanya menjadi sesuatu yang berharga .seorang yang amat kreatif , slogan hidupnya "2 seringgit"
ketiga :-jari jemari salleh - inilah master mind nya. ia mengunakan kepakaranya untuk membantu upin, ipin dan mail.

Dari peristiwa di atas kita boleh mengambil iktibar dan meningkatkan semangat kita. Sama juga di dalam pelaburan emas, jika sesorang itu meilhat ianya satu peluang perniagaan ia akan mengambil satu langkah yang drastik untuk mengubah kehidupannya untuk menjadi lebih baik.

Setiap perniagaan  mesti mengambil kira kadar risiko nya samada tinggi atau rendah. bergitu juga dengan ROI (return of investment ) cepat atau lambat. Ianya berlainan jika anda membuat perniagaan atau pelaburan emas. Tiada istilah rugi didalam pelaburan emas jika anda mahu belajar dan terus belajar serta selalu berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, ianya akan menjadi lebih mudah. Walaupun hanya menyimpan sesungguhnya ianya adalah nikmat yang Allah turunkan dari syuga untuk hamba-hambanya. Alhamdulilah syukur . Jika anda ingin mengetahui tentang perniagaan emas dan pelaburan emas fizikal boleh hubungi saya.

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Sebelum terlambat saya mengucapkan selamat menyambut 1 Syabaan 1434 hijrah kepada anda semua.


Ahad, 9 Jun 2013

JOM KITA BELI KAMBING DENGAN DINAR EMAS PUBLIC GOLD

Assalamulaikum kepada anda semua kaum muslim dan muslimat, bersyukur kita kepada Allah kerana di beri peluang dan ruang untuk menikmati nikmat yang di berikan NYA.


Alhamdulilah syukur hari adalah hari terakhir di bulan REJAB mengikuti kalender islam. Esok sudah memasuki 1 Syaban 1434 hijrah, dan tidak lama lagi Bulan Ramadhan akan menjelma. Apakah persiapan kita untuk menlaluinya? Oleh itu segala persiapan pasti membuat kita sibuk seketika. Bagi yang sudah berkeluarga  pasti persiapan untuk hari raya untuk keluarga dan anak-anak.

Di dalam kesibukan membuat persiapan jangan lupa buat simpanan sedikit demi sedikit, supaya kita tidak terputus sumber. oleh itu simpanan yang paling tepat adalah menyimpan emas dan perak. memandangkan lepas bulan Syawal kita akan menyambut hari raya aidiladha, pada masa itu pasti ramai akan menunaikan hajat membuat korban lembu dan kambing. kepada yang ingin membeli kambing ketika ini adalah amat tepat tapi dalam bentuk wang emas 1 dinar (4.25gm) persamaa RM610.00, dan pada masa ini harga kambing di dalam lingkungan RM600.00 hingga RM700.00. Oleh itu ambil kesempatan ini ketika harga emas sedang merundum, ambil peluang dan ruang yang ada. JIka ada pertanyaan  boleh hubungi saya:-



muka ada senyummmm...hihihi

Shah Noor Ismail (Priority Dealer) 
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Sabtu, 8 Jun 2013

Soalan biasa tentang public gold ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya dpt banyak pertanyaan melalui hp, fb, we chat dan email

1. Berapa modal nak jadi pengedar?
RM20,000 .beli emas dapat emas nilai RM20,000.

2. Boleh ke emas tu saya beli campur-campur item?
memang boleh, terpulang kepada kehendak anda samada nak beli dinar atau gold bar.

3.  Modal paling rendah nak beli emas berapa?
RM 607 untuk 1 dinar berketulenan 22k dan 10g rm1502 berketulenan 24k harga terkini..Sila lihat harga emas seperti di paparkan di bawah. Ianya akan sentiasa berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia kecuali pada hari sabtu dan ahad disebabkan market dunia di tutup.


4. Saya nak jual emas semula ni mana?
Dimana2 kedai emas, sebaiknya jual kepada Publicgold.

5. Antara ASB dan Emas, mana yg bagi keuntungan yg banyak?
Asb 8.9% tapi emas 15% 0- 30% setahun.

6. Emas ni nak simpan dimmana?
Anda boleh sewa peti simpanan selamat yg bank sediakan dengan bayaran rm125 untuk setahun.

7. Untung ke berniaga emas ni?
Memang untung, kalau tak kenapa saya berhenti kerja kerajaan dan buat full time bisnes emas.

8. Macam mana nak bina kerjaya dengan emas ni?

1. Kena banyak ilmu emas
2. kena ada mentor yang bantu anda.
3. Mesti ada minat yang mendalam dengan emas.

8. Untung ke buat personal loan beli emas?
Memang untung, sebab saya dulu pun buat loan beli emas.

9. Agak-agak boleh cover ke loan yg kita buat tu?
Memang boleh..ini teknik saya ajar bila klient call direct pada saya.

10. Harga emas akan naik lagi ke?
Memang naik, sejak dari zaman dulu lagi emas tak pernah mengecewakan pembeli
Boleh Pm atau call saya untuk maklumat lanjut. minat nak belajar harga emas publiccgold boleh klik link dibawah:-

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
wechat :- emasnusajaya
WhatsApp :-015-72098868
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

SPREAD emas dan perak di Public Gold

Assalamulaikum semua, semoga sihat dan sejehtera hendaknya.
Ramai di luar sana mengetahui bahawasanya pelaburan emas dan perak memang menguntung untuk jangka masa panjang tetapi ramai yang tidak tahu bahawasanya untuk mendapat keuntungan di dalam setiap pelaburan emas dan perak, mengambil kira tentang "spread" ataupun susut nilai.

Jika rendah susut nilai emas @ perak semakin cepat kita mendapat keuntungan. sebagai contoh seperti di bawah:-

Spread Emas Public Gold (antara gold bar & dinar)


  Spread Perak Public Gold



Bagi meminati perak, memilih saiz yang besar amat di galakan iaitu 1kg, ini adalah di sebabkan spread yang rendah. Itu semua terpulang pada anda, jika mahu maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya:-

Shah Noor Ismail (Priority Dealer)
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Pelaburan Emas Public Gold Di Astro

Jumaat, 7 Jun 2013

INI KALILAH KITA BELI DAN SIMPAN EMAS DAN PERAK UNTUK MENJAMIN MASA HADAPAN

Inilah masanya kita membeli dan menyimpan emas dan perak serta kelebihan tanpa kita sedari :-

1. Emas sebagai aset.

Untuk generasi muda yang baru bekerja, mengumpul aset adalah satu perkara yang wajib. Seringkali orang berkata aset adalah hartanah dan rumah tetapi terlupa bahawa emas dan perak juga adalah aset. Untuk mengumpul hartanah dan rumah, kos yang diperlukan sangat besar dan kebiasaan nya generasi muda tidak mampu. Tambahan dengan tangga gaji yang masih kecil. Oleh itu, apa yang generasi muda ini boleh buat ialah dengan mengumpul emas dan perak sebagai aset. Emas dan perak merupakan aset mampu milik kerana modal untuk membeli emas adalah semurah RM143 untuk goldbar 1gm. Boleh lihat perbandingan harga hanya 9 bulan sahaja. Ini lah masanya paling sesuai untuk memiliki barang dari syuga Allah iaitu Emas Dan Perak.




Lihat harga pada 07/06/2013 iaitu 500gm (gold bar) = RM73543.00
Lihat harga pada 27/09/2012 iaitu 500gm (gold bar) = RM91529.00
berapa bezanya = RM17986.00 tetapi beratnya tetap sama iaitu 500gm.
saya akan ulaskan pada masa akan datang apa itu Nilai dan Jumlah... tunggu.....

2. Emas mencegah kita boros. Emas memaksa kita menyimpan.

Menyimpan emas dapat mengelakkan kita daripada boros. Selain itu, dengan membeli emas juga ia secara tidak langsung memaksa kita menyimpan. Kenapa saya cakap begitu kerana ramai diantara kita termasuk saya pantang nampak ada duit dalam bank. Tambah-tambah yang mempunyai kad atm. Nampak sahaja duit masih berbaki di bank, habis kita keluarkan sehingga kalau boleh sampai angka 0. Sedar-sedar hujung bulan, duit habis, tapi ke mana kita belanja kita tak perasan. Niat untuk menyimpan akhirnya terbantut. Tetapi apabila kita membeli emas, kita dah tolak ke tepi dahulu duit yang hendak kita simpan dan tukar kepada emas. Jadi nak tak nak kita dah menyimpan. Secara tidak sedar. Ajaib bukan?


3. Emas menarik rezeki.

Emas yang disimpan dapat menarik rezeki berganda buat yang menyimpan. Emas dalam diam sebenarnya akan bertambah nilainya. Dan ini secara tidak langsung, menjadi penyimpan nilai yang baik serta mengelak daripada simpanan kita terhakis dek inflasi. Untung bukan?. Kalau simpan dalam bentuk tunai, tunai tersebut akan dirompak secara diam-diam kerana inflasi. Berbeza dengan simpanan emas, emas itu sendiri menjadi penyimpan nilai. Tambahan lagi, emas juga mampu menarik rezeki buat mereka yang berwawasan jauh dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas secara sambilan. Secara sambilan kita boleh berkongsi dan bercerita dengan teman, saudara dan keluarga akan kelebihan simpanan emas. Sekiranya, ada teman, saudara dan keluarga yang membeli emas, sudah tentu komisen sekian-kian kita boleh dapat. Sudah pasti kita dapat menambah sedikit pendapatan bulanan.

Pilihan ditangan kita. Bertindak atau jadi pemerhati?

Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas. Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain-lain lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.
Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.


Boleh hubungi saya:-
Shah Noor Ismail (Priority Dealer)  
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor
http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

EMAS DAN PERAK FIZIKAL DAPAT MENGEKAL KEKAYAAN ANDA. PEROLEHI HANYA DI PUBLIC GOLD


SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MELINDUNGI ASET DAN KEKAYAAN ANDA DARI INFLASI ~ EMAS DAN PERAK JUGA ADALAH INSTRUMENT PELABURAN JANGKA PANJANG YANG STABIL DAN TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN PEMILIKNYA. SILA KLIK UNTUK MELIHAT HARGA SEMASA 


FAKTA YANG RAMAI TIDAK TAHU:
 Simpan Wang Rugi, tetapi Simpan Emas & Perak UNTUNG
RUGI menyimpan wang kerana.
  • Keuntungan setakat 4-9% dalam setahun jika disimpan atau dilaburkan
  • Hanya pihak bank yang beli matawang
  • Ekonomi merudum, nilai matawang turut jatuh teruk
  • Hari demi hari nilai matawang semakin murah
  • Sifatnya yang mudah dicetak dan menyebabkan inflasi
  • Wang dalam bentuk kertas ataupun syiling boleh dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan
  • Matawang ringgit Malaysia hanya boleh digunakan di negara kita dan tidak di negara lain.
UNTUNG menyimpan EMAS dan PERAK kerana..
  • Simpan emas boleh untung dengan kenaikan 30%-40% setahun manakala simpan perak boleh untung sehingga 100% setahun
  • Terdapat banyak pihak yang bersedia untuk membeli emas & perak jadi tak rugi anda menyimpannya
  • Ekonomi merudum, harga kekal atau menjadi lebih tinggi
  • Sebaliknya emas & perak semakin lama semakin mahal nilainya
  • Emas & perak sukar untuk diciplak dan sangat berpotensi meningkatkan ekonomi
  • Emas & perak walaupun dilentur, dicairkan, nilainya masih mahal dan boleh digunakan
  • Emas & perak diakui di seluruh dunia
KENAPA MENYIMPAN EMAS DAN PERAK?
Emas dan perak adalah salah satu alternatif untuk anda mengekalkan aset dan melindungi kekayaan anda. Ini kerana emas dan perak menawarkan nilai yang selamat dan mudah untuk diperdagangkan. Emas dan perak juga bertindak sebagai menyimpan nilai kerana ia memenuhi fungi seperti wang. Ianya mudah dialihkan dan mudah dibahagikan. Ianya logam yang sukar dimusnahkan dan tidak boleh dicipta daripada bahan lain dan kekal berharga walau dalam keadaan apa sekalipun. Ia juga mudah dikenali dan diterima sebagai satu medium pembayaran/pertukaran barangan.
FAEDAH DARIPADA MENYIMPANAN EMAS DAN PERAK
1. Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dengan kenaikan emas harian
2. Perbezaan harga yang kecil di antara harga jualan dan harga belian (sekitar 4-8%).
3. Harga ditawarkan di dalam kemampuan setiap orang bagi pembeliaan awal dan seterusnya mengikut harga semasa.
4. Emas adalah pelindung nilai terbaik daripada kesan inflasi.
5. Sebagai alternatif kepada portfolio simpanan emas dan perak dengan harga murah berbanding barang perhiasan yang telah dikenakan kos tambahan dan upah.

Boleh hubungi saya:-
Shah Noor Ismail (Priority Dealer)  
email:- shahnoorismail@yahoo.com
Tel:-0137783400
www.emsanusajayajohor.blogspot.com
www.fb.com/emasnusajayajohor


http://www.publicgold.com.my/referral/PG022122/224971

Khamis, 6 Jun 2013

Publicgold di tv 1



Salam 1 Malaysia, Mulakan langkah anda dengan membeli 1 dinar emas publicgold sekitar rm 610 , boleh refer wwww.publicgold.com.my untuk mendapatkan harga emas terkini. Kenapa 1 dinar emas? Biasanya, bagi mereka yg baru berjinak-jinak dengan dunia emas akan cuba membeli 1 dinar dahulu diikuti 10g goldbar.
FAKTA PENTING TENTANG EMAS
Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
FAKTA LAIN
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

Khamis, 30 Mei 2013

Keadaan Ekonomi Dunia Masa Kini, Emas Adalah Penyelamatnya. Jika Anda Tahu???

Keadaan Ekonomi Amerika pada waktu ini

Selama beberapa minggu, pusat ekonomi Amerika iaitu Wall Street New York dibanjiri oleh orang ramai yang berdemo secara aman. Konsep demo mereka adalah mudah, mereka hanya beramai-ramai membanjiri Wall Street sebagai simbol bahawa ekonomi Amerika adalah kepunyaan rakyat, bukan bank pelaburan atau syarikat-syarikat besar.
Walaupun Amerika merupakan sebuah negara demokrasi terbesar, namun berita mengenai Occupy Wall Street langsung tidak kedengaran di media utama mereka. In fact, memang berlaku total blackout pada media terhadap demonstrasi ini termasuklah di Twitter di mana hashtag yang berkaitan dengan demonstrasi ini akan di-censor-kan oleh Twitter kerana bank JP Morgan US memegang saham Twitter sebanyak $400 juta. So much about free speech yang mereka banggakan selama ni..
Demonstrasi ini telah berlanjutan selama beberapa minggu dan semakin merebak ke bandar-bandar lain di seluruh US tapi tidak hairan sekiranya anda tidak mengetahui tentang perkara ini akibat daripada media blackout tersebut. Tak tahulah samada media di Malaysia menyiarkan tentang berita ini ataupun tidak, mungkin kerajaan Malaysia pun telah mengeluarkan arahan untuk tidak melaporkan berita ini kerana ingin menjaga hubungan dua hala dengan Amerika.
Kemelesetan ekonomi dunia bakal tiba. Ada yang mengatakan harga hartanah akan jatuh kerana dipercayai kebarangkalian harga hartanah jatuh apabila pasaran saham jatuhadalah 76.54%. Ada juga yang percaya dalam masa 5 tahun akan datang, akan berlaku kenaikan mendadak pada harga emas dan perak.

EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT

Keadaan ekonomi Amerika Syarikat kini berada dalam situasi tenat.
Dalam bahasa hospital ianya sudah berada di unit ICU.
Untuk rekod, Amerika adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.
Sekiranya ekonomi Amerika merudum maka ekonomi Malaysia akan turut menjunam, mungkin lebih teruk dari Amerika.
Mari kita tengok apa yang sedang berlaku pada ekonomi terbesar dunia dan kuasa militer terkuat di planet ini.
Amerika yang dikenali sebagai ‘land of opportunity’ atau bumi pelbagai peluang kini sedang sarat dengan masalah yang amat getir antaranya peluang dan jaminan pekerjaan.
Kebanyakkan rakyat negara itu bergantung kepada pekerjaan untuk menyara hidup mereka.
Kini mereka berhadapan dengan keadaan di mana mereka kehilangan pekerjaan dengan begitu pantas sekali.
Sepanjang beberapa dekad lalu berjuta pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan telah dipindahkan ke negara asing. yang tinggal hanya pekerjaan sektor perkhidmatan yang bergaji rendah.
Kerajaan Amerika tidak menggalakkan sektor perniagaan kecil dan sederhana dan dengan kemasukan jutaan pekerja asing, pasaran pekerjaan bagi rakyat semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan buruh luar.
Kuasa kewangan pula kini berada di dalam tangan korporat yang besar ataupun kerajaan sendiri.
Ini berbeza dengan sistem kapitalis yang diasaskan oleh generasi kemerdekaan dahulu di mana kuasa kerajaan dan perniagaan besar adalah terhad dan sebaliknya perniagaan kecil dan sederhana digalakkan dalam suasana pasaran bebas.
Kini persaingan untuk pasaran pekerjaan amat hebat. bulan lepas lebih 17,000 orang memohon untuk 600 jawatan kosong kilang pemasangan Ford di Louisville. nisbahnya ialah 27 pemohon untuk setiap jawatan kosong.
Lebih malang jawatan yang direbut hanya membayar upah USD15 (RM43) sejam.
Carta pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan menunjukkan sektor ini telah berkembang enam kali ganda sejak 1940 manakala sektor pengilangan semakin mengecut.
Dalam konsep ekonomi kekayaan sebenar hanya boleh diwujudkan melalui pembuatan barangan atau hasil yang dikeluarkan daripada bumi.
Jadi di Amerika kini import sumber asli lebih tinggi daripada eksport sementara aktiviti pengilangan juga merosot.
Ini bermakna Amerika kini lebih miskin kerana aliran wang masuk lebih kecil daripada aliran wang keluar.
Beban hutang juga semakin meningkat.
Kadar pengangguran sudah mencapai tahap yang amat membimbangkan dan jumlah pekerja yang ditakrifkan sebagai miskin sudah tidak terkira ramainya.
Kadar pengangguran kini dianggarkan mencapai 23% atau jumlah ke 68 terbesar di dunia.
Hanya 47% peratus sahaja rakyat Amerika yang benar-benar mempunyai pekerjaan sepenuh masa.
Tahun lalu, 19.7% daripada keseluruhan rakyat Amerika yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa tidak mampu melepasi garis kemiskinan bagi keluarga seramai empat anggota walaupun mereka bekerja sepenuhnya sepanjang tahun tersebut.
Bayangkan bagaimana keadaannya jika anda bekerja keras sepanjang tahun namun keluarga anda terus berada dalam kemiskinan.
Pada tahun 1980 kurang 30% daripada jumlah pekerjaan di Amerika adalah yang bergaji rendah tetapi kini ia meningkat kepada 40%.
Mengapa keadaan ini berlaku?
  • Ia berlaku kerana sektor korporat berpendapat mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih lumayan sekiranya telah memindahkan mereka mengajikan pekerja dengan bayaran yang lebih rendah.
  • Hasilnya Amerika kehilangan 32% pekerjaan dalam sektor pengilangan kepada negara asing sejak tahun 2000 serta lebih 42,000 kilang terpaksa ditutup sejak 2001.
  • Situasi ini juga telah mewujudkan tahap kemiskinan yang tidak pernah dibayangkan di amerika sebelum ini.
  • Di negeri Alabama umpamanya, kira-kira 1/3 penduduknya hidup atas kupon makanan.
  • Rakyat telah putus harapan.
  • Hanya 26% yakin kerajaan presiden Barack Obama mampu memperbaiki keadaan ekonomi.
  • 39% rakyat percaya negara mereka kini menuju krisis ekonomi yang tidak ada jalan pulang.
  • Taufan ekonomi sedang melanda Amerika dan tidak ada apa-apa yang rakyat mampu lakukan untuk mencari perlindungan.
Keadaan ekonomi dunia hari ini
Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Kenaikan dan kejatuhan pasaran saham, petrol dan makanan dunia diluar kawalan. Ramai yang panik dengan krisis yang menimpa, terutama pelabur2 yang telah kerugian jutaan dolar dalam sekelip mata dan ribuan pkerja hilang pekerjaan. Kehilangan pekerjaan berarti kehilangan punca sara hidup.

HARGA MINYAK

Hari ini harga minyak mentak dunia dibawah 40 USD per tong. Minyak yang sama dijual pada harga melebihi 147 USD per tong pada April yang lalu. Pakar2 ekonomi menjangkakan harga minyak akan terus turun sehingga 25 USD per tong. Rakyat Malaysia menyambut gembira penurunan minyak yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama masih ada desakan supaya minyak di Malaysia diturunkan lagi.
Tahun 2008, pelbagai catitan peristiwa suka dan duka berlaku, dahulunya suka gembira, tetapi kini semuanya semuanya hampir terbalik.

NASIB PENOREH GETAH

Kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga getah dipasaran dunia, lalu penoreh menarik nafas lega disebabkan kenaikan ini, ada pemandu teksi berhenti memandu lalu mengadap pokok getah demi menyara hidup. Apa tidaknya seorang penoreh getah mampu mengutip hasil melebihi 1000 RM seminggu. Ia jauh lebih selesa berbanding memandu teksi di siang hari.
Sayang dan malang nasib penoreh getah yang sebangsa denganku, apabila pendapatan yang begitu besar diperolehi setiap bulan hasil jualan getah, ada yang membeli kereta, ada yang membesarkan rumah, ada itu, dan ada ini. Akhirnya kini harga getah menurun, insuran kereta tak sempat habis lagi. Duit simpanan sudah tiada, pendapatan pun cukup2 makan. Inilah bala dan bencana apabila tidak tahu menahu tentang ilmu kewangan untuk membebaskan diri daripada perlumbaan kehidupan. Kehidupan mereka kembali kepada asal, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

ARAB NEGARA TELUK

Ketika harga minyak mencecah 147 USD per tong, jualan kereta mewah diseluruh dunia mencatat penurunan kecuali di Negara2 Teluk.(Arab Saudi, Emirate, Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar). Hasil kenaikan minyak pasaran global, mereka mendapat untung lebih berlipat kali ganda. Kereta mewah dibeli seolah2 permainan kanak2, dengan mudah membeli dan menukar kereta baru. Ego mereka dalam membeli kereta tidak bertahan lama, kini minyak pasaran global merudum, keuntungan juga berkurangan..
Negara2 Teluk kini mengisi perut hasil jualan minyak kepada pasaran global. Secara logiknya, apabila negara2 ini kehabisan minyak, maka ia kembali menjadi miskin. Kini, mereka boleh mendabik dada menunjuk ego disebabkan telaga minyak masih mengalir, aku bukanlah anti semua penduduk negara Teluk, ada yang baik dan sedar akan keadaan, tetapi kebanyakan mereka sombong dan suka mendabik dada. masa terus berlalu, minyak semakin berkurangan, sudah pasti krisis yang lebih teruk menanti mereka di kemudian hari.

PASARAN BERAS NEGARA DAN DUNIA

Ekoran kenaikan minyak dan permintaan dunia pada April yang lalu, Harga Thai White Rice meningkat sehingga 1080 USD per Tan Metrik. Akibat dari itu harga beras di Malaysia meningkat sehingga 37 RM untuk 10 kg. Rakyat panik, kerajaan pun turut sama panik. Langkah drastik telah diambil oleh kerajaan dengan memberi subsidi beras sebanyak .80 sen sekilo. Kali pertama dalam sejarah kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi beras kepada rakyat, kalau sebelum ini, subsidi diberikan dalam bentuk baja padi kepada para petani.
Hari ini, harga Thai White Rice telah menurun kepada 550 USD per metrik tan. Keadaan kembali stabil untuk masa ini, namun tiada jaminan bahawa kestabilan hrga ini boleh bertahan untuk selama-lamanya.

KESAN DARIPADA KRISIS EKONOMI.

Krisi ekonomi global menyaksikan syarikat2 gergasi dunia mengulung tikar seperti Lehman Bro. Kemudian diikuti pula dengan pengumuman kerugian oleh pelbagai syarikat seperti AIG, Air Asia, terbaru Honda menarik balik penyertaan dalam Formula One.
Seramai 250,000 warga Amerika kehilangan pekerjaan di sektor swasta. Dalam masa yang sama syarikat2 permotoran gergasi Amerika seperti General Motor dan Ford meminta bantuan daripada White House. Jumlah yang dipohon bukan sedikit, tetapi mencecah 42 Billion USD. Sekiranya bantuan ini tidak diberikan, semakin ramai akan kehilangan pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan bahawa negara akan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 8 Billion RM untuk tahun hadapan akibat daripada krisis ini, tetapi ramai yang menganggap bahawa angka ini tdak tepat dan akan terus meningkat.

KESIMPULANYA

Dunia hari ini, menghadapi masalah kewangan, itu adalah pandangan luaran, namun, masalah yang dihadapi sekarang pada hakikatnya ialah pada teori ekonomi yang dipraktikkan. Kecacatan pada teori membawa masalah dalam mengaplikasi dan seterusnya membawa penduduk dunia menjunjung sedikit sebanyak masalah ekonomi ini. oleh Itu buatlah simpanan emas dan perak ketika harga sedang merundum untuk memastikan  kita tidak terjerumus kepada kemelesetan ekonomi...